Ukraine-Rusia | UNGA gesa gencatan senjata di Ukraine

2022-09-22 1

Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, Csaba Korosi menggesa gencatan sejata dikuatkuasakan di Ukraine.

Dalam ucaptama selepas dilantik ke jawatan tertinggi itu, Korosi berkata, perang ini mesti dihentikan kerana ia tidak mampu untuk membawa kemakmuran dan hanya mendatangkan penderitaan.